'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah telah datang dari daerah berbukit.
Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam maasjid dan menunaikan sholat dua rakaat.
Maka kami pun turut sholat bersama dengan Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT.
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kamu lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu, cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah berkepanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.
2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.
3. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik untuk kita melihatnya?
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar